Friday, 8 March 2013

Bab 6 --> Sumber-sumber Tenaga --> Pelbagai Sumber Tenaga

Bab 6 --> Sumber-sumber Tenaga --> Pelbagai Sumber Tenaga

Tenaga didefinisikan sebagai keupayaan untuk melakukan kerja.
Sebagai contoh, tenaga diperlukan untuk berlari, memanjat pokok, menyalakan mentol, menunggang basikal, dan mendayung sampan.

Semua hidupan memerlukan tenaga bagi melakukan aktiviti harian mereka.

Manusia dan haiwan mendapatkan tenaga daripada makanan yang diperolehi daripada tumbuh-tumbuhan atau haiwan-haiwan lain.

Tumbuhan mendapatkan tenaga daripada makanan yang dihasilkan semasa proses fotosintesis .

Tenaga diukur dalam unit Joule (J).

Tenaga didapati dalam pelbagai bentuk:
  • Tenaga kinetik.
  • Tenaga keupayaan.
  • Tenaga Haba .
  • Tenaga cahaya.
  • Tenaga bunyi.
  • Tenaga kimia.
  • Tenaga elektrik.
  • Tenaga nuklear.
  • Tenaga mekanikal.

Tenaga Kinetik
 
Tenaga kinetik adalah tenaga yang dimiliki oleh jasad yang bergerak.
Tenaga kinetik sesuatu objek adalah bergantung kepada jisim dan halaju.

Tenaga kinetik akan meningkat jika:
  • Jisim sesuatu objek itu bertambah.
  • Halaju sesuatu objek itu meningkat

Tenaga kinetik bagi sesuatu objek pegun adalah sifar.

Contoh-contoh bagi jasad dengan tenaga kinetik:
  • Sistem aliran.
  • Gerakan jarum jam.
  • Angin.
  • Guli yang bergolek.
  • Kipas yang berputar.
  • Kenderaan yang bergerak.

Kegunaan tenaga kinetik
  • Angin adalah berguna untuk mengubah gerakan/layar sesebuah kincir angin.
  • Air yang mengalir boleh digunakan untuk mengangkut kayu balak di dalam industri pembalakan.
  • Jarum jam yang bergerak dengan setiap tandaan (saat/minit/jam) membolehkan kita untuk mengetahui masa/waktu pada bila-bila masa sahaja.
  • Air sungai yang mengalir deras boleh digunakan untuk menjana kuasa elektrik.




Berlari - Salah satu contoh tenaga kinetik.
 Tenaga Keupayaan 
Tenaga keupayaan  adalah tenaga yang tersimpan di dalam badan/jasad kerana kedudukannya (tenaga keupayaan graviti) atau keadaan fizikalnya (tenaga keupayaan elastik).
Tenaga keupayaan sesuatu objek bergantung kepada:
  • Jisim objek.
  • Jarak objek dari permukaan bumi.
  • Kuasa tarikan graviti ke atas objek itu.

Tenaga keupayaan graviti sesuatu objek meningkat jika:
  • Jisim objek bertambah.
  • Semakin tinggi jarak objek dari permukaan tanah.
  • Daya tarikan graviti pada objek bertambah.

Tenaga keupayaan graviti sesuatu objek yang berada betul-betul di atas permukaan Bumi adalah sifar.

Sesuatu objek yang sedang jatuh boleh mendapat tenaga kinetik dan kehilangan tenaga keupayaan.

Sebaliknya, sesuatu objek yang dilemparkan ke atas boleh mendapat tenaga keupayaan dan kehilangan tenaga kinetik.

Contoh-contoh objek yang mempunyai tenaga keupayaan graviti:
  • Buah kelapa yang tergantung di atas pokok.
  • Seorang penyelam/penerjun berdiri di atas papan anjal.
  • Buku-buku yang terletal di atas rak dinding.
  • Kipas yang tergantung pada siling.

Kegunaan tenaga keupayaan graviti:
  • Seorang penyelam/penerjun boleh terjun menjunam ke dalam air dari papan menyelam/anjal.
  • Kanak-kanak boleh meluncur dengan mudah menuruni papan gelongsor.
  • Air di empangan boleh digunakan untuk menjana tenaga elektrik di stesen hidroelektrik.

Penerjun di papan anjal ini memiliki tenaga keupayaan kerana
kedudukannya yang tinggi dari permukaan bumi.


Tenaga keupayaan elastik hanya wujud dalam bahan-bahan yang kenyal sahaja, seperti spring atau getah.
Contoh-contoh objek yang mempunyai tenaga keupayaan elastik:
  • Segulung spring kereta mainan.
  • Gelang/gelung getah yang diregangkan.
  • Spring yang dimampatkan.

Kegunaan tenaga keupayaan elastik:
  • Tenaga keupayaan yang tersimpan di dalam spring sebuah kereta mainan boleh membuatkan kereta tersebut bergerak.
  • Spring digunakan untuk menggoncang/menghayun buaian. Spring yang diregangkan dan dimampatkan boleh menghasilkan pergerakan yang berterusan.
  • Gelung getah yang diregangkan boleh mengikat barangan dengan ketat.
  • Tali getah lastik boleh melontarkan batu apabila ditarik dan dilepaskan.
  • Anak panah bergerak ke arah sasarannya apabila dilepaskan dari busur pemanah.

Contoh tenaga keupayaan elastik yang terdapat di dalam spring kereta.
 
 Tenaga Haba
 enaga haba adalah tenaga yang tersimpan di dalam objek panas.

Tenaga haba sesuatu badan/jasad adalah bergantung kepada suhu dan isipadu badan/jasad tersebut.

Tenaga haba mengalir dari kawasan panas ke kawasan sejuk oleh konduksi, perolakan dan sinaran/radiasi.

Kulit manusia memantau haba melalui reseptor deria panas.

Contoh-contoh sumber tenaga haba:
  • Api.
  • Matahari.
  • Kolam air panas.
  • Air yang mendidih.
  • Pemanas elektrik.
  • Badan manusia dan haiwan.

Kegunaan tenaga haba:
  • Haba daripada pembakaran bahan api digunakan untuk menukarkan airkepada stim . Stim tersebut kemudiannya digunakan untuk mengendalikan enjin stim.
  • Untuk memanaskan air dan memasak makanan.
  • Untuk membuat unggun api bagi memanaskan badan.
  • Untuk menghasilkan garam melalui proses penyejatan air laut di bawah matahari.
  • Untuk mengeringkan pakaian yang basah.

 Tenaga Cahaya
Tenaga cahaya adalah tenaga yang dihasilkan oleh objek yang memancarkan cahaya.
Tenaga cahaya boleh dikesan oleh mata. Tanpa cahaya, mata tidak dapat melihat objek sekeliling.

Tenaga cahaya boleh bergerak didalam vakum dan didalam satu garis lurus dalam bentuk gelombang
Objek bercahaya merupakan suatu objek yang mengeluarkan tenaga cahayanya tersendiri. Contohnya, bintang dan matahari.

Objek tidak bercahaya merupakan suatu objek yang tidak dapat menghasilkan tenaga cahaya sendiri tetapi ia hanya boleh memantulkan cahaya. Contohnya, cermin dan logam.

Sumber-sumber tenaga cahaya:
  • Matahari.
  • Api.
  • Kilat.
  • Lampu / mentol.

Kegunaan tenaga cahaya:
  • Membolehkan mata melihat dalam keadaan gelap.
  • Membolehkan tumbuh-tumbuhan hijau untuk menjalankan proses fotosintesis.
  • Membekalkan tenaga kepada sel-sel solar.
  • Menayangkan filem.

 
 
 Tenaga Bunyi
 
Tenaga bunyi tenaga yang dihasilkan oleh objek yang bergetar.
Sesuatu objek yang bergetar menghasilkan pergerakan yang berulang.

Apabila sesuatu objek bergetar, udara disekelilingnya juga turut bergetar.

Udara yang bergetar membentuk gelombang bunyi.

Gelombang bunyi akan didengar oleh telinga manusia sebagai bunyi.

Tenaga bunyi boleh dipindahkan melalui medium seperti udara, air, dan pepejal. Ia tidak boleh dipindahkan/bergerak di dalam vakum.

Contoh-contoh objek yang boleh menghasilkan tenaga bunyi:
  • Wisel yang ditiup.
  • Dram/gendang yang dipukul.
  • Gitar yang dipetik talinya.
  • Tali biola (violin string) yang digesek.
  • Loceng yang dibunyikan.
  • Siren kereta polis.

    Tenaga Kimia

    Tenaga kimia adalah tenaga yang tersimpan didalam bahan-bahan kimia.
    Apabila sesuatu bahan mengalami tindak balas kimia, tenaga kimia yang tersimpan akan dibebaskan dan ditukarkan kepada bentuk tenaga.

    Tenaga kimia didapati pada bahan api seperti petroleum, gas metana, lilin, arang batu dan kayu; makanan seperti beras, daging, buah-buahan dan jagung; sel-sel elektrokimia  seperti bateri sel kering dan akumulator.

    Semasa pembakaran, tenaga kimia yang tersimpan di dalam bahan api akan dibebaskan dalam bentuk haba dan cahaya.

    Dalam pengoksidaan makanan, tenaga kimia yang tersimpan di dalam makanan akan ditukarkan kepada tenaga haba untuk memanaskan badan.

    Apabila sesuatu sel kimia digunakan, tenaga kimia akan ditukarkan kepada tenaga cahaya, tenaga elektrik, tenaga haba, dan lain-lain.

    Kegunaan tenaga kimia:
  • Bahan api seperti kayu api dan gas asli dibakar untuk memasak makanan dan mendidihkan air.
  • Bahan api seperti petroleum dibakar untuk menjalankan/mengendalikan motor/enjin.
  • Makanan yang dioksidakan semasa respirasi sel akan menghasilkan tenaga haba untuk memanaskan badan serta mengawal suhu badan.
  • Bateri digunakan untuk menyalakan mentol lampu.

Tenaga Elektrik

Tenaga elektrik ialah tenaga yang dihasilkan oleh aliran cas elektrik.
Tenaga elektrik dibekalkan dalam bentuk kuasa elektrik, yang kemudiannya ditukar kepada bentuk tenaga yang lain untuk melaksanakan kerja.

Contoh-contoh tenaga elektrik:
  • Dinamo.
  • Bateri/sel kering.
  • Sel solar.
  • Penjana-kuasa elektrik.

Kegunaan tenaga elektrik dalam kehidupan seharian:
  • Untuk menyalakan lampu.
  • Untuk membolehkan kita menggunakan perkakas elektrik seperti periuk nasi, cerek elektrik, dan pengekstrak jus.
  • Untuk memisah/mengasingkan air kepada hidrogen dan oksigen dalam proses elektrolisis air.
  • Untuk mengendalikan motor dan enjin elektrik.

Tenaga Nuklear

Tenaga nuklear adalah tenaga yang tersimpan dalam nukleus atom.
Tenaga nuklear juga dikenali sebagai tenaga atom .

Contoh-contoh tindak-balas  yang menghasilkan tenaga nuklear:
  1. Pembelahan nuklear
    Satu proses di mana atom yang besar dipecahkan kepada dua atau lebih atom yang lebih kecil dan ringan, yang mana tenaga juga dibebaskan.

  2. Pelakuran nuklear
    Satu proses di mana unsur-unsur  yang lebih kecil dan ringan bergabung dengan satu sama lain untuk membentuk elemen baru dan lebih besar. Tenaga juga dibebaskan semasa proses tersebut.

Kegunaan tenaga nuklear dalam kehidupan seharian:
  • Untuk menjana tenaga bagi mengendalikan mesin dan kapal selam.
  • Untuk menjana tenaga elektrik, seperti di stesen-stesen kuasa nuklear.
  • Untuk menghasilkan senjata seperti bom atom.
 

Tenaga Mekanikal

Tenaga mekanikal dihasilkan apabila sesuatu mesin atau objek berubah kedudukannya.
Tenaga mekanikal juga dikenali sebagai tenaga gerakan.

Tenaga mekanikal terdiri daripada tenaga kinetik dan tenaga keupayaan.

Contoh-contoh tenaga mekanikal:
  • Sebiji bola yang dilontar ke udara/atas.
  • Ayunan bandul ringkas
  • Pergerakan gergaji yang sedang digunakan.
  • Menunggang basikal.

Kegunaan tenaga mekanikal:
  • Menunggang basikal.
  • Permainan yo yo.
  • Permainan buaian.
 
 

Tenaga Solar

Tenaga solar adalah tenaga yang dihasilkan semasa proses pelakuran nuklear  di dalam teras matahari.
Hampir kesemua tenaga yang wujud adalah berasal daripada matahari.

Kegunaan tenaga solar:
  • Untuk membolehkan sel-sel solar menjana tenaga elektrik.
  • Untuk membolehkan tumbuh-tumbuhan hijau menjalankan proses fotosintesis .
  • Untuk membolehkan air menyejat dan kemudiannya membentuk awan.
  • Untuk mengeringkan pakaian.

Bad 5 --> Udara Di Sekaliling Kita --> Kepentingan Mengekalkan Udara Yang Bersih

Bad 5 --> Udara Di Sekaliling Kita --> Kepentingan Mengekalkan Udara Yang Bersih 
 Menyedari kepentingan untuk mengekalkan udara yang bersih

 Bagaimana keadaan kehidupan tanpa udara yang bersih

Kesan utama pencemaran udara adalah ke atas kesihatan manusia. Manusia akan menghidap pelbagai penyakit, khususnya respirasi akibat menghidu udara yang tercemar. Manusia memerlukan udara bersih untuk hidup. Jika udara yang dihidu tercemar, sistem pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru. Ini akan mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat dilakukan dan darah akan mengalami kekurangan oksigen. Ini seterusnya menyebabkan fungsi paruparu terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami masalah. Ini mengakibatkan pelbagai penyakit.
Pencemaran udara juga memberi kesan kepada tanaman. Tumbuh-tumbuhan memerlukan udara dalam proses fotosintesis dan tumbesaran. Jika udara mengandungi bahan pencemar, ini mengakibatkan kekurangan karbon dioksida untuk proses penghasilan klorofil. Ini mengakibatkan tumbuhan menguning dan mati. Tisu-tisu tumbuhan juga mengalami masalah dan akan reput akibat tindak balas bahan pencemar yang terlekat pada pokok-pokok dan tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan akan terdedah kepada pelbagai penyakit dan basil keluarannya akanterancam.
Selain itu, pencemaran udara juga memberi kesan kepada iklim global dan setempat. Pelbagai bahan kimia buangan seperti sulfur dioksida dan nitrogen dioksida akan larut dengan wap air dan akan turun sebagai hujan asid. Hujan asid ini berbahaya kerana is akan mengalir dan meresap ke dalam tanah dan memusnahkan galian dalam tanah sehingga tanah menjadi tidak subur. Kehadiran bahan-bahan pencemar udara juga akan menjejaskan keseimbangan ekologi dan ekosistem yang memberi kesan menyeluruh kepada bumi.
Tidak ketinggalan, pencemaran udara juga memberi kesan kepada bangunan-bangunan. Bangunan-bangunan, khususnya yang diperbuat daripada batu kapur boleh mengalami keretakan dan roboh. Ini kerana bahan-bahan pencemar yang terdiri daripada bahan kimia berbahaya akan lekat dan bertindak balas ke atas batu dan meretakkan bangunan. Bangunan-bangunan akan rapuh, terurai, lemah, pudar dan kotor. Perbelanjaan yang besar diperlukan untuk membaiki dan memulihkannya.
Di samping itu, pencemaran udara juga memberi kesan ke atas atmosfera kita. Bahanbahan pencemar seperti CFC (kloroflora karbon) dikatakan telah mengakibatkan lapisan ozon kita menjadi nipis dan bocor. Ini kerana bahan-bahan tersebut bertindak balas dengan lapisan ozon sehingga menguraikan oksigen yang membentuknya. Ini mengakibatkan kandungan karbon dioksida dalam udara meningkat serta memberi kesan rumah hijau dan kepanasan bumi akan meningkat. Penipisan lapisan ozon akan mengakibatkan sinar ultra-ungu menembusi atmosfera tanpa lapisan dan menjejaskan kesihatan manusia.
 Cara mengekalkan udara supaya bersih

Antara cara untuk mengekalkan udara yang bersih:
Teknik Pengurangan Pencemaran
Pengurangan di punca (Source reduction) . Aktivti mengurangkan atau menghapuskan penghasilan sisa di dalam proses Guna semula (Recycling) . Aktiviti mengurangkan isi padu dan ketoksikan sisa dengan penghasilan bahan berguna Rawatan (Treatment) . Aktivti mengurangkan isi padu dan ketoksikan sisa tanpa penghasilan bahan berguna
Pengurangan di punca (Source reduction)
Pengubahsuaian produk (Product substitution) . Ubah komposisi produk.Ubah formula. Ubah kegunaan produk. Reka produk supaya boleh diguna semula Kawalan sumber (Source control)
Pertukaran bahan mentah (Input material alternation)  Guna bahan tulen. Guna bahan tidak toksik sebagai pelarut atau pencuci Penukaran teknologi (Technology alteration)   Ubah proses.Ubah peralatan, saluran. Guna ‘automation' Ubah keadaan operasi Perubahan prosedur(Procedural changes) . Amalan ‘good house keeping’, Elak kehilangan bahan mentah. melalui kebocoran atau tumpahan. Asingkan sisa. Kendalikan sisa dengan baik





Mengurangkan penggunaan CFC
Kloroflorokarbon (CFC) adalah bahan yang stabil dan dikenali dengan nama am freon. Permusnahan lapisan ozon adalah disebabkan oleh atom klorin.  Bahan-bahan  aerosol biasanya dimampatkan ke dalam tin-tin di bawah tekanan tinggi. Kloroflorokarbon (CFC) digunakan sebagai mangkin dalam proses itu.  Selain itu, CFC digunakan dalam peti sejuk, penghawa dingin dan sebagainya sebagai bahan rejan(propellant), pembentukan buih, dan alat pemadam api.  Sebenarnya, pemusnahan lapisan ozon dilakukan oleh atom klorin. Didapati satu molekul CFC mampu memusnahkan 1000 molekul ozon.  Oleh itu, sumber alternatif  harus digunakan untuk menggantikan kloroflorokarbon misalnya dengan hidrokloroflorokarbon (HCFC) . ‘

Perundangan
Pelbagai undang undang digubal dengan tujuan mengawal kualiti alam sekitar. Contohnya, Akta Kualiti Alam Sekitar 1974,1985(pindaan) Peraturan ini dibahagikan kepada 6 bahagian. Antaranya ialah, Peraturan Kenderaan Bermotor dan Peraturan Kualiti Alam Sekitar.  
Peraturan Kenderaan Bermotor (Kawalan perlepasan asap,1977) Peraturan ini menghadkan perlepasan asap kenderaan iaitu dihadkan kepada 50 HDU.
Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Udara Bersih,1978) Di bawah peraturan ini, Jarak industri dengan kawasan kediaman di hadkan kepada 1000 meter.

 Mengitar semula
Mengitar semula bermaksud memproses atau menggunakan semula bahan buangan seperti plastic, kertas, tin aluminium dan sebagainya. Kaedah ini merupakan proses yang sangat selamat kepada alam sekitar kerana dapat mengurangkan kadar pencemaran. Pembakaran sampah-sarap turut dapat dikurangkan
                                                
                                               
                                                        

Bad 5 --> Udara Di Sekaliling Kita --> Pencemaran Udara

Bad 5 -->  Udara Di Sekaliling Kita --> Pencemaran Udara

Semasa respirasi, kita menyedut udara untuk memperolehi oksigen. Apakah yang terjadi jika udara yang kita sedut mengandungi bahan pencemar. Bahan pencemar udara berasal daripada pelbagai sumber. Dua sumber utama iaitu kenderaan bermotor dan perindustrian. pencemaran udara boleh membawa kesan buruk kepada manusia dan alam sekitar. 
 Contoh Bhan Pencemar Udara --> Asap Dan Jelaga
                                                       Debu
                                                       Karbon Manoksida
                                                  Sulfur dioksida dan oksida nitrogen
                                                       Zarah-Zarah Pelumbun 
                                                       Klorofluorokarbon (CEC)                                                       Karbon Dioksida
Kesan Rumah Hijau



Pemanasan global merupakan satu fenomena pemerangkapan gas yang dikenali sebagai gas rumah hijau yang mana kumpulan gas ini menghalang dan memerangkap haba bumi daripada terbebas keluar ke angkasa. Sifat kumpulan gas ini ialah membenarkan bahangan matahari menembusinya tetapi menghalang pembebasan semula bahangan bumi ke atmosfera. Contoh gas rumah hijau ialah karbon dioksida, karbon monoksida, kloroflorokarbon (CFC), metana, nitrogen oksida dan lain-lain.

Kebiasaannya, fenomena pemanasan global dapat dirasai dengan lebih jelas di kawasan kutub utara dan selatan, kawasan pembangunan perindustrian, kawasan perbandaran dan banyak lagi tempat dunia. Pemanasan global berkaitan dengan peningkatan suhu dunia. Suhu bumi telah meningkat dua darjah dan kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu. Kajian mendapati kawasan Artik lebih pantas menjadi panas berbanding kawasan lain. Perubahan iklim biasanya berlaku dalam tempoh 10,000 tahun tetapi kini perubahan iklim berubah dalam tempoh 100 tahun sahaja, jarak hanya 2 generasi sahaja.

Lapisan ozon melindungi Bumi daripada sinar ultrungu
Letusan Gunung Berapi

Pembakaran Hutan





KESAN-KESAN PEMANASAN GLOBAL


Peningkatan suhu secara global sudah tentu akan mencairkan litupan salji dan glasier di kawasan-kawasan pergunungan dan kedua-dua kutub. sekiranya suhu dunia melebihi paras 5.8 drjah selsius, maka ais di kutub utara dan selatan akan mula cair hal ini akan mendatangkan impak yang negatif kepada kita semua. Seperti kejadian banjir besar terhadap negara-negara kepulauan contohnya Fiji dan Maldives serta negara-negara pada ketinggian yang rendah contohnya Belanda dan Bangladesh. Akibat pencairan ais yang menyebabkan kejadian banjir besar ini akan mengakibatkan kemusnahan bukan sahaja nyawa manusia dan harta benda akan musnah tetapi bekalan makanan seperti tanah-tanah pertanian yang subur akan turut termusnah.Hasilnya purata lautan akan mencecah sehingga 95 peratus, ini bermakna banyak kawasan daratan yang akan ditengelami oleh air. Penduduk dunia akan ramai yang mati. Contohnya 20 buah pulau di Indosesia di jangka akan tenggelam pada tahun 2030 akibat daripada pemanasan global yang melampaui.

Akibat daripada peningkatan suhu bumi yang terlampau, boleh mengakibatkan fenomena kemarau atau kekeringan sumber air permukaan bumi.Hal ini menyebabkan proses sejatan tidak mempunyai wap-wap air untuk membentuk awan yang tebal bagi menurunkan hujan. Seterusnya, Kadar hujan akan berkurangan, udara menjadi kering serta persekitaran menjadi panas. Dalam keadaan udara yang kering,ia memudahkan terbentuknya jerebu dan partikulat-partikulat terampai.Pemanasan global mengakibatkan peningkatan suhu di Lautan Pasifik. Hal ini mengubah pola tiupan angin lazim dari darat ke laut akibat perbezaan tekanan yang hebat. Kesannya angin kencang bertiup ke barat Pasifik menyebabkan cuaca panas dan angin lembab pula bertiup ke timur Pasifik menyebabkan kejadian ribut, banjir dan taufan.

Antara kesan lain pemanasan global adalah ia akan menjejaskan kesihatan penduduk di muka bumi. Hal ini kerana, bumi terdedah kepada pelbagai bahan-bahan tercemar seperti karbon monoksida,karbon dioksida,suflur dioksida dan sebagainya. Contoh penyakit yang disebabkan oleh peningkatan suhu ialah batuk kering,katarak kanser kulit,lelah dan sebagainya. Seterusnya,boleh mengakibatkan permasalahan pernafasan kerana pembebasan bahan-bahan tercemar mengakibatkan kekurangan oksigen dan udara yang segar. Kebanyakannya permasalahan ini terjadi di kawasan kota-kota besar dan di kawasan pembangunan seperti Kota New York, Kuala Lumpur, Beijing dan lain-lain kota-kota besar di dunia.

Bad 5 --> Udara Di Sekaliling Kita --> Oksigen Diperlukan Untuk Pembakaran

Bad 5 --> Udara Di Sekaliling Kita --> Oksigen Diperlukan Untuk Pembakaran
 Pembakaran berlaku apabila suatu bahan bertindak balas dengan oksigen secara kimia dan membebaskan tenaga haba dan cahaya. Oksigen, haba dan bahan api diperlukan untuk pembakaran berlaku. Apakah bahan yang dihasilkan semasa pembakaran? hasil pembakaran bergantug kepada jenis api yang terbakar. Terdapat dua jenis bahan api yang terbakar iaitu bahan api karbon dan bahan api hidrokarbon. 
Tiga jenis pembakaran iaitu Haba, Bahan Api dan Oksigen

Bab 5 --> Kepelbagaian Sumber Di Bumi --> Oksigen Diperlukan Untuk Repirasi

Bab 5 --> Kepelbagaian Sumber Di Bumi --> Oksigen Diperlukan Untuk Repirasi
Oksigen digunakan untuk mengoksidakan makanan semasa proses respirasi sel. Pengoksidaan makanan ini menghasilkan karbon dioksida, air dan tenaga. Tenaga ini digunakan untuk memanaskan badan, menjalankan semua fungsi badan, dan melakukan kerja. Karbon dioksida dan air (dalam bentuk wap air) terbebas dari badan kita apabila kita menghembus nafas. Semasa respirasi, hidupan seperti lipas dan biji benih bercambah dengan menggunakan gas oksigen. dan membebaskan gas karbon dioksida. Karbon dioksida yang dibebaskan ini akan diserap oleh larutan natrium hidroksida pada kapas. 
Kita akan bernafas dengan lebih cepat semasa bersenam

Bab 5 --> Kepelbagaian Sumber Di Bumi --> Sifat - Sifat Oksigen Dan Karbon Dioksida


Bab 5 -->  Kepelbagaian Sumber Di Bumi --> Sifat - Sifat Oksigen Dan Karbon Dioksida

Gas oksigen dan karbon dioksida merupakan dua komponen yang penting dalam udara. Kedua-dua gas ini mempunyai sifat-sifat yang berbeza.
 
 

Thursday, 7 March 2013

Bad 5 --> Udara Di Sekaliling Kita --> Komposisi Udara

Bad 5 --> Udara Di Sekaliling Kita -->
Komposisi Udara
Udara adalah salah satu sumber asas yang penting di Bumi.

Lapisan udara yang mengelilingi permukaan bumi dikenali sebagai atmosfera .

Udara tidak dapat dilihat, tetapi kehadirannya boleh dirasai melalui udara yang bergerak, iaitu angin .

Udara adalah campuran pelbagai bahan yang tidak berbau , tidak berwarna , atau tidak mempunyai rasa.

Komposisi udara adalah seperti berikut:

Bahan-bahan lain didalam udara adalah seperti habuk dan mikroorganisma.

Kandungannya adalah tidak pasti dan bergantung kepada keadaan persekitaran.

Kandungan wap air didalam udara juga bergantung kepada kelembapan udara. Lebih lembap udara, maka lebih banyak wap air yang terdapat didalam udara.