Bab 7 --> Haba --> Aplikasi Prinsip Pengembangan Dan Pengecutan Jirim
Pengembangan dan Pengecutan Jirim
Isipadu (volume) jirim berubah apabila ianya dipanaskan (heated) atau disejukkan (cooled).
Apabila dipanaskan:
- Zarah (particles) jirim menyerap tenaga haba (heat energy) untuk menukarkannya kepada tenaga kinetik. Tenaga kinetik (kinetic energy) menyebabkan zarah bergetar (vibrate) dengan lebih cepat.
- Getaran ini menyebabkan zarah-zarah bergerak menjauhi antara satu sama lain. Dengan sebab itu, saiz dan isipadu jirim akan meningkat.
Apabila disejukkan:
- Zarah jirim kurang bergetar dan kelajuannya juga berkurangan.
- Jarak antara zarah-zarah adalah mengurang. Ini bermakna bahawa saiz dan isipadu jirim juga turut berkurangan.