Friday, 8 March 2013

Bab 6 --> Sumber-sumber Tenaga --> Kepentigan Memulihara Sumber Tenaga

Bab 6 --> Sumber-sumber Tenaga --> Kepentigan Memulihara Sumber Tenaga

Kepentingan Pemeliharaan dan Pemuliharaan Sumber


Kita bergantung kepada sumber-sumber di sekeliling untuk terus hidup.

Oleh itu, kita perlu memelihara (preserve) / menjaga dan melindungi, serta memulihara (conserve) sumber Bumi bagi memastikan bahawa sumber-sumber tersebut kekal dalam keadaan yang baik.

Kepentingan memelihara dan memulihara sumber Bumi
  • Untuk mengelakkan organisma-organisma seperti harimau dan tumbuh-tumbuhan tertentu daripada ancaman kepupusan (extinction).
  • Untuk memastikan bahawa komposisi gas di udara kekal seimbang.
  • Untuk memastikan bahawa bekalan keperluan asas manusia tidak terjejas (not jeopardized).
  • Untuk memastikan bahawa bekalan logam (metal) dan bukan logam (non-metal) di dalam kerak Bumi (Earth's crust) tidak kehabisan (not depleted).

Langkah-langkah untuk memelihara dan memulihara sumber-sumber Bumi
  • Mengamalkan sikap berjimat cermat (thrifty attitude), berhati-hati dan berekonomi apabila menggunakan sumber-sumber Bumi.
  • Amalkan kitar semula (recycling), yang mana ianya adalah untuk memproses semula bahan buangan (waste products) seperti kaca, plastik dan logam timah menjadi bahan baru.
  • Amalkan penggunaan semula (reusing), yang mana ianya adalah menggunakan semula bahan-bahan seperti kertas bagi melambatkan penggunaan sumber semula jadi tersebut.
  • Cari sumber alternatif (pilihan) untuk menggantikan sumber yang terancam atau semakin berkurangan. Sebagai contoh, petroleum dan gas asli.

12 comments:

  1. perh...cayalah...thanks.cantik jugo blog nie...^_^

    ReplyDelete
  2. Cew wahh...blh than jgak blog ni ye...cntik sngat...

    ReplyDelete
  3. stupid change d backround colour cannot seen anything,.... nonesense

    ReplyDelete
    Replies
    1. I agree coz the colour is the same as the words. Need to highlight the words then can see the words.

      Delete
  4. awak guna contrast background and sentence colour. tukar la background sebab serious tak boleh nampak hapak satu perkataan pun. kalau tak nak tular background at least letak layer :) btw visit my blog www.atien-nanie.blogspot.com fell free

    ReplyDelete
  5. xnmpk la~tkr la background.

    ReplyDelete
    Replies
    1. blog ni cntik lha..tpi serious x nmpak tulisan tuh..nnt mntk tukar colour tulisan ye..snang ckit pmbace laen nk bce blog awk :) ..

      Delete
  6. Cantik blog :) ..very helpfull 4 my science folio..but hope arni change la background cuz it's little bit hard 4 me to read..but seriously membantu..thanks btw!! :)))

    ReplyDelete
  7. wah!!!blog tercanik pernah dikunjungi.seriously..terpegun.cantik sesangat.manelah dapat ikan and backgroung bapak cantik ni.

    ReplyDelete
  8. sumber bumi je ke? aq tengah cari kepentingan pemuliharaan sumber tenaga dan penggunaan dan pengurusan sumber tenaga yg cekap

    ReplyDelete