Bab 1 --> Apakah Itu Sains --> Jisim Dan Berat
Berat sesuatu objek boleh
diukur dengan menimbang. Kaedah ini juga digunakan untuk
mengukur jisim sesuatu objek.
Dengan sebab itu, berat dan jisim sering dianggap sebagai sama. Walau bagaimanapun, ia sebenarnya merupakan dua kuantiti yang berlainan.
Unit sukatan berat dan jisim ialah;
Berat sesuatu objek adalah tarikan graviti bumi pada objek tersebut. Manakala, jisim sesuatu objek pula adalah kuantiti jirim dalam objek tersebut.
Unit sukatan berat dan jisim ialah;
- Berat - Newton / N
- Jisim - kilogram / kg
Berat sesuatu objek adalah tarikan graviti bumi pada objek tersebut. Manakala, jisim sesuatu objek pula adalah kuantiti jirim dalam objek tersebut.
Dengan sebab itu, kita perlu menggunakan penimbang / neraca yang berbeza untuk mengukur berat dan jisim sesuatu objek.
Menyukat berat
Berat sesuatu objek boleh diukur dengan neraca spring / neraca mampatan. Ini adalah kerana tarikan graviti bumi bertindak memanjangkan spring.
Berat sesuatu objek boleh diukur dengan neraca spring / neraca mampatan. Ini adalah kerana tarikan graviti bumi bertindak memanjangkan spring.
Neraca mampatan
Menyukat jisimNeraca tiga palang / neraca tuas / neraca elektronik digunakan untuk mengukur jisim sesuatu objek. Jisim sesuatu objek itu adalah sama seperti 'jisim standard' yang diperlukan untuk mengimbangi objek tersebut. Sukatan neraca untuk jisim tidak dipengaruhi oleh tarikan graviti (Jisim objek adalah sentiasa tetap).
Neraca tiga palang/alur
Neraca tuas
No comments:
Post a Comment