Friday 8 March 2013

Bab 1 --> Apakah Itu Sains ? --> Makmal Sains

Bab 1 --> Apakah Itu Sains ? -->
Makmal Sains

Makmal Sains

Kita juga boleh mempelajari sains di makmal sains.
Makmal sains adalah merupakan sebuah bilik atau bangunan dimana penyelidikan secara saintifik dijalankan.

Kebanyakan sekolah mempunyai makmal-makmal dimana pelajar boleh menjalankan eksperimen.

Adakah anda tahu tentang peraturan-peraturan dan langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi apabila anda berada di dalam makmal sains?

Adakah anda tahu mengapa anda perlu mengikut peraturan-peraturan dan langkah-langkah keselamatan tersebut?


Peraturan am dan langkah-langkah keselamatan
  1. Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam makmal.


  2. Bahan-bahan mestilah dikendalikan dengan betul.


Peraturan-peraturan keselamatan dan langkah berjaga-jaga di dalam makmal


  • Anda cuma boleh masuk ke dalam makmal sains hanya dengan kebenaran guru sahaja.
  • Anda tidak boleh membawa masuk makanan dan minuman ke dalam makmal sains.
  • Anda tidak dibenarkan untuk masuk ke bilik persediaan dan stor.
  • Anda tidak boleh membawa alat radas atau bahan kimia keluar dari makmal.
  • Anda cuma boleh menggunakan alat radas dan bahan kimia hanya dengan kebenaran guru sahaja.
  • Semua alat radas dan bahan-bahan kimia yang digunakan mestilah mengikut seperti apa yang diarahkan oleh guru anda sahaja.
  • Bahan-bahan mestilah dikendalikan dengan betul.
  • Anda tidak boleh merasa apa-apa bahan kimia kecuali guru anda meminta untuk berbuat demikian.
  • Anda mesti sentiasa memeriksa label pada botol untuk memastikan bahawa anda menggunakan bahan kimia yang betul.
  • Jika berlaku keadaan bahan kimia secara tidak sengaja termasuk kedalam mulut, anda hendaklah meludah keluar bahan tersebut dan basuh mulut anda dengan air bersih berulang kali.
  • Jika bahan kimia terkena pada kulit atau pakaian anda, basuh dengan menggunakan air.
  • Anda hendaklah melaporkan semua kemalangan dan kecederaan (contoh: seperti luka atau terbakar) kepada guru anda dengan segera.
  • Anda tidak boleh bermain atau bergurau di dalam makmal.
  • Anda tidak boleh bermain dengan alat radas dan bahan kimia.

No comments:

Post a Comment