Bab 4 --> Kepelbagaian Sumber Bumi --> Unsur,Sebatian Dan Campuran
Elemen atau unsur adalah bahan yang paling ringkas/mudah. Ianya tidak boleh dipisahkan dengan menggunakan
kaedah kimia kepada apa-apa komponen yang lebih ringkas/mudah lagi.
Semua unsur adalah terdiri daripada hanya satu jenis atom sahaja.
Terdapat beberapa unsur yang mempunyai atom dari jenis yang sama, yang bergabung untuk membentuk molekul.
Terdapat 112 jenis unsur. Daripada jumlah tersebut, 92 jenis unsur adalah terjadi secara semulajadi di bumi, manakala 20 dicipta oleh para saintis.
Contoh-contoh unsur:
Semua unsur adalah terdiri daripada hanya satu jenis atom sahaja.
Terdapat beberapa unsur yang mempunyai atom dari jenis yang sama, yang bergabung untuk membentuk molekul.
Terdapat 112 jenis unsur. Daripada jumlah tersebut, 92 jenis unsur adalah terjadi secara semulajadi di bumi, manakala 20 dicipta oleh para saintis.
Contoh-contoh unsur:
- Zink
- Besi
- Oksigen
- Karbon
- Nitrogen.
- Hidrogen
- Emas
- Aluminium.
Dalam unsur-unsur seperti oksigen dan kuprum, semua atom adalah sama.
Unsur-unsur boleh dikelaskan kepada logam (metal) dan bukan logam (non-metal).
Logam
87 jenis logam telah dikenal pasti.
Contoh-contoh logam:
- Kalium
- Kalsium
- Magnesium
- Merkuri/raksa
- Natrium
- Perak
- Kuprum/tembaga
- Platinum
- Emas
Bukan Logam
17 jenis bukan logam telah dikenal pasti.
Contoh-contoh bukan logam:
- Hidrogen
- Oksigen
- Fluorin
- Klorin
- Karbon
- Fosforus
- Bromin
- Iodin
- Nitrogen
- Sulfur
Contoh-contoh bentuk bukan logam pada keadaan suhu bilik:
- Pepejal
- Cecair
- Gas
Sebatian
Sebatian terbentuk apabila dua atau lebih jenis unsur bergabung secara kimia.
Zarah terkecil dalam suatu sebatian adalah molekul. Contoh: Air adalah suatu sebatian. Molekul air terdiri daripada dua atom hidrogen dan satu atom oksigen yang bergabung secara kimia.
Keterangan di bawah menunjukkan beberapa jenis sebatian serta komponen-komponennya.
Zarah terkecil dalam suatu sebatian adalah molekul. Contoh: Air adalah suatu sebatian. Molekul air terdiri daripada dua atom hidrogen dan satu atom oksigen yang bergabung secara kimia.
Keterangan di bawah menunjukkan beberapa jenis sebatian serta komponen-komponennya.
- Karbon dioksida
Komponen: Satu atom karbon, dua atom oksigen.
- Natrium klorida
Komponen: Satu atom natrium, satu atom klorin.
- Benzena
Komponen: Enam atom karbon, enam atom hidrogen.
- Metana
Komponen: Satu atom karbon, empat atom hidrogen.
- Ammonia
Komponen: Satu atom nitrogen, tiga atom hidrogen.
- Air
Komponen: Satu atom oksigen, dua atom hidrogen.
Komponen-komponen sebatian tersebut tidak boleh dipisahkan secara fizikal.
Komponen-komponen dalam suatu sebatian hanya boleh dipisahkan secara kimia, sebagai contoh, dengan menggunakan haba yang tinggi (pemanasan) atau menggunakan tenaga elektrik (elektrolisis).
Memecahkan sebatian dengan pemanasan
- Memecahkan sebatian gula
Satu sudu gula dimasukkan ke dalam tabung uji yang kering dan dipanaskan dengan kuat.
Pemerhatian:
1. Gula berwarna putih sebelum pemanasan.
2. Semasa pemanasan pepejal hitam terbentuk.
3. Selepas pemanasan dan dibiarkan sejuk, titisan air terpeluwap pada dinding tabung uji.
Kesimpulan:
Gula dipecahkan kepada karbon (unsur) dan air (sebatian) apabila dipanaskan.
- Memecahkan sebatian merkuri oksida
Sedikit merkuri oksida dimasukkan ke dalam tabung uji yang kering dan dipanaskan.
Pemerhatian:
1. Merkuri oksida berwarna kuning sebelum pemanasan.
2. Semasa pemanasan, gas yang dilepaskan didapati boleh menyalakan kayu uji berbara.
2. Merkuri berwarna perak terbentuk pada dinding tabung uji.
Kesimpulan:
Merkuri oksida dipecahkan kepada merkuri (unsur) dan oksigen (unsur) apabila dipanaskan.
Memecahkan sebatian dengan elektrolisis
- Memecahkan sebatian air tulen (pure water)Pemerhatian:
Gas tidak berwarna dikumpulkan ke dalam kedua-dua tabung uji, P dan Q. Gas dalam P menyalakan kayu uji berbara, manakala gas dalam Q menghasilkan bunyi 'pop' apabila diuji dengan kayu uji yang menyala.
Kesimpulan:
Air adalah sebatian daripada unsur oksigen dan unsur hidrogen. Pemecahan air oleh arus elektrolisis menghasilkan gas oksigen dalam P tiub dan gas hidrogen dalam tiub Q.
- Memecahkan sebatian kuprum (II) klorida (copper (II) chloride)Pemerhatian:Gas berwarna kuning kehijauan (greenish-yellow) dan berbau sengit (pungent smell) dikeluarkan pada elektrod positif. Mendakan kuprum berwarna perang kemerahan (reddish brown copper precipitate) didapati terhasil pada elektrod negatif.
Kesimpulan:
Sebatian kuprum (II) klorida dipisahkan kepada unsur-unsurnya, iaitu klorin (gas berwarna kuning kehijauan) dan kuprum (pepejal berwarna perang kemerahan) apabila arus elektrik melaluinya.Campuran
Campuran adalah terdiri daripada dua atau lebih bahan
yang digabungkan secara fizikal , contohnya,
dengan mengacau.
Bahan-bahan di dalam campuran tidak bersatu oleh tindak balas kimia. Jadi, komponen-komponen di dalam campuran boleh dipisahkan dengan secara fizikal.
Campuran homogen terbentuk apabila bahan dicampur dengan sama rata dan identiti setiap bahan tidak dapat dikenal pasti dengan mudah. Contohnya, larutan garam biasa dan minuman ringan.
Campuran heterogen terbentuk apabila bahan boleh dikenal pasti dengan mudah. Contohnya, udara.
Keterangan di bawah menunjukkan beberapa jenis campuran serta komponennya.
- Udara
Komponen: Nitrogen, oksigen, karbon dioksida, gas lengai, habuk, mikroorganisma, wap air.
- Tanah
Komponen: Air, pasir, tanah liat, tanah gambut, kerikil, humus. - Air laut
Komponen: Natrium klorida, air, magnesium, kalsium, oksigen. - Air limau
Komponen: Garam, gula, limau. - Jeruk buah-buahan
Komponen: Buah-buahan, garam, gula, cuka air. - Kari
Komponen: Santan kelapa, gula, garam, rempah, serbuk cili. - Makanan ringan
Komponen: Garam, gula, perisa, pewarna, pengawet. - Darah
Komponen: Hormon, sel darah, nutrien, mineral, air, plasma, oksigen.
Bahan yang terdapat di dalam suatu campuran boleh dipisahkan secara fizikal dengan menggunakan proses-proses berikut:
- Penurasan
- Pengayakan
- Penyejatan
- Penyulingan
- Kromatografi
- Pengekstrakan
- Menggunakan magnet
- Pemendakan
Campuran boleh bertukar kepada suatu sebatian dengan cara pemanasan. Sebagai contoh, serbuk besi dan sulfur membentuk suatu sebatian yang dipanggil ferum (II) sulfida apabila ianya dipanaskan.
x nampak la bodoh!
ReplyDeletehahahaha
Deletetak Nampak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Deletexpe.. nasib baik boleh highlight :)
Deletetak baik mencarut dosa tau
Deletesorry minta maaf
Deletethanks. boleh lulus band1 - band 6 ni...
ReplyDeleteNICE
ReplyDeleteGood .. job ><
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletelangsung x nmpak
ReplyDeleteApahal ade benda blink blink kat belakang tak nampak apa apa pun
ReplyDeleteapalah kau ini bodoh ke?
ReplyDeletebetul kamu tanya dengan cara itu.bagus!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Deleteorang yg pndai membodohkan org itulah sebenarnya lagi byk bodohnya... klau pandai sgt, buat sndiri je la...
ReplyDeletelangsung tak boleh nampak larrr...
ReplyDeletekalau tak Nampak cari lain
Deletegeramnya.tak nampaklah
ReplyDeleteCamne nak asingkan emas tulen yg dah tercampur skali dgn tudung periuk aluminium? Saya laburkan emas pd tahap suhu yg tinggi di atas tudung periuk tu...tapi last2 skali emas tu bertukar jadi ketulan nugget berwarna silver skang ni.ada sapa2 boleh bantu?
ReplyDeleteSaya double confirm faham
ReplyDeleteSAIYA KENNOT SEE LAAAA HAHAHAHAHAHAHAHAH
ReplyDelete