Thursday, 7 March 2013

Bab 2 --> Sel Sebagai Unit Asas Hidupan --> Organisma Unisel Dan Organisma Multisel

Bab 2 --> Sel Sebagai Unit Asas Hidupan --> Organisma Unisel Dan Organisma Multisel
 
 
 Organisma unisel  adalah organisma ringkas  yang terdiri daripada hanya satu sel (uni: satu: satu).

Organisma unisel dalam alam haiwan adalah protozoa, amoeba dan paramecium.

Organisma unisel dalam alam tumbuhan pula adalah pluerococcus, euglena, chlamydomonas dan yis.

Organisma unisel adalah sangat kecil dan hanya boleh dilihat melalui mikroskop , dengan itu organisma unisel juga dikenali sebagai mikroorganisma.

Organisma unisel. 


Organisma multisel

organisma multisel adalah organisma yang mempunyai lebih daripada satu sel (multi: banyak: banyak).

Organisma multisel dalam alam haiwan adalah mamalia, amfibia, reptilia, burung, ikan dan beberapa haiwan kecil lain.

Organisma multisel dalam alam tumbuhan pula adalah lumut, alga, paku pakis dan kebanyakan tumbuhan yang berbunga.

Organisma multisel.


Proses kehidupan organisma unisel dan multisel.

Proses kehidupan adalah satu proses yang dijalani oleh semua benda hidup/hidupan untuk membolehkan ia terus hidup di dunia ini. Benda tidak hidup tidak menjalani apa-apa proses kehidupan.

Semua hidupan menjalankan proses kehidupan seperti makan, bernafas, bergerak, mengeluarkan sisa buangan, membiak, membesar dan bertindak balas terhadap rangsangan.

Proses hidup yang dijalani oleh organisma multisel adalah lebih kompleks daripada yang dijalankan oleh organisma unisel.

Proses hidup yang dijalani oleh organisma unisel dan organisma multisel adalah sama. Sebagai contoh:
  • Organisma unisel
    - Makanan utamanya adalah bakteria.
    - Bernafas melalui membran sel.
    - Bergerak dengan melanjutkan pseudopodium.
    - Organ perkumuhannya adalah vakuol.
    - Membiak dengan cara belahan penduaan.
    - Boleh membesar.
    - Bertindak balas terhadap bahan-bahan kimia yang ringan.

  • Organisma multisel
    - Makanan utamanya adalah zooplanktons.
    - Bernafas melalui insang.
    - Bergerak dengan menggunakan ekor dan sirip.
    - Mengeluarkan buangan melalui liang perkumuhan.
    - Membiak dengan cara bertelur.
    - Boleh membesar.
    - Bertindak balas terhadap cahaya dan getaran didalam air.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment