Thursday, 7 March 2013

Bab 4 --> Kepelbagaian Sumber Di Bumi --> Kepentingan Kepelbagaian Sumber Bumi Kepada Manusia

Bab 4 --> Kepelbagaian Sumber Di Bumi --> Kepentingan Kepelbagaian Sumber Bumi Kepada Manusia 
 
Kepentingan air kepada manusia dan haiwan
  • Melarutkan bahan makanan dan oksigen bagi memudahkan ianya diangkut oleh darah ke sel-sel yang memerlukan.
  • Melarutkan bahan buangan  seperti urea untuk disingkirkan dari sel-sel badan.
  • Mengawal dan mengekalkan suhu badan pada 37°C. Haba yang berlebihan didalam badan akan disingkirkan bersama-sama dengan peluh dan air kencing. Penyejatan  peluh akan menyejukkan permukaan kulit.
  • Mengawal kepekatan darah supaya darah mudah untuk dipam oleh jantung ke seluruh badan.
  • Sebagai medium bagi membolehkan proses-proses kimia dan metabolisma berlaku didalam sel-sel badan.

Kepentingan air kepada tumbuh-tumbuhan
  • Membantu proses fotosintesis pada tumbuh-tumbuhan hijau dan percambahan  biji benih dan spora.
  • Melarutkan garam-garam mineral dan bahan-bahan makanan yang akan diangkut ke bahagian-bahagian lain tumbuhan tersebut.
  • Mengekalkan kesegaran sel tumbuhan.
  • Memberikan sokongan keapungan kepada tumbuh-tumbuhan akuatik seperti Elodea, Cabomba, dan Hydrilla.
  • Menyejukkan tumbuhan melalui proses transpirasi (penyejatan air pada permukaan daun melalui stoma).
Air juga penting kepada manusia untuk menjalankan aktiviti-aktiviti seperti perlombongan, perkapalan dan pengangkutan, penjanaan kuasa, pengairan, rekreasi, memasak, minum, dan juga membasuh.

Kepentingan udara kepada manusia
  • Udara mengandungi oksigen yang mana ianya penting untuk pernafasan.
  • Karbon dioksida didalam udara amat diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan bagi menjalankan fotosintesis yang mana ianya penting untuk pertumbuhan tumbuh-tumbuhan. Ini amatlah penting bagi manusia kerana tumbuh-tumbuhan adalah sumber makanan bagi manusia.
  • Oksigen juga diperlukan untuk tujuan pembakaran.

Kepentingan tanah (soil) kepada tumbuh-tumbuhan
  • Tumbuhan memerlukan air dan mineral untuk membesar (grow). Tanpa air didalam tanah (soil), mineral tidak boleh dilarutkan (dissolve), dan ianya akan menyebabkan pertumbuhan dan perkembangan sesuatu tumbuhan itu terbantut (stunted).
  • Akar tumbuhan memerlukan udara didalam tanah bagi menjalankan respirasi (respiration).

Kepentingan tanah kepada haiwan
  • Tanah adalah habitat (habitat semula jadi) bagi makhluk-makhluk kecil seperti semut, larva serangga, bakteria, dan cacing tanah.
  • Makhluk-makhluk ini boleh hidup di dalam tanah kerana terdapat air dan udara yang terperangkap didalam gumpalan tanah.

Kepentingan tanah  kepada manusia
  • Untuk menjalankan aktiviti penternakan dan pertanian.
  • Untuk menghasilkan kraftangan daripada tanah liat dan kaca.
  • Sebagai tapak pembinaan bagi kawasan perumahan, bangunan, dan kilang-kilang.
  • Sebagai sumber untuk bekalan bahan api seperti petroleum, gas asli, dan arang batu.
  • Sebagai sumber utama untuk pelbagai bahan-bahan kimia dan mineral.
  • Untuk pengekstrakan logam-logam seperti timah , emas , dan besi. Logam-logam adalah bahan utama dalam pembinaan bangunan-bangunan dan jentera.

Bahan api digunakan untuk menjalankan jentera dan enjin kenderaan bagi membantu meringankan buruh manusia.

Kepentingan benda hidup kepada manusia
  • Benda-benda hidup menyediakan makanan yang diperlukan bagi membekalkan tenaga untuk menjalankan kerja dan aktiviti harian, untuk menjaga kesihatan dan tumbesaran badan dan untuk pembiakan.
  • Pakaian yang dihasilkan daripada benda-benda hidup diperlukan bagi memanaskan badan serta melindungi diri dari sejuk dan hujan.
  • Bahan binaan dari benda-benda hidup diperlukan bagi membina rumah dan bangunan-bangunan untuk perlindungan daripada cuaca melampau, dan juga untuk membuat perabot, kraftangan dan kapal-kapal.

1 comment:

  1. background dah warne mcm tu...font dye jgnlah letak warna sama...x npk n x bole baca

    ReplyDelete