Thursday 7 March 2013

Bab 4 --> Kepelbagaian Sumber Bumi --> Unsur,Sebatian Dan Campuran

Bab 4 --> Kepelbagaian Sumber Bumi --> Unsur,Sebatian Dan Campuran
Elemen atau unsur adalah bahan yang paling ringkas/mudah. Ianya tidak boleh dipisahkan dengan menggunakan kaedah kimia kepada apa-apa komponen yang lebih ringkas/mudah lagi.

Semua unsur adalah terdiri daripada hanya satu jenis atom sahaja.

Terdapat beberapa unsur yang mempunyai atom dari jenis yang sama, yang bergabung untuk membentuk molekul.

Terdapat 112 jenis unsur. Daripada jumlah tersebut, 92 jenis unsur adalah terjadi secara semulajadi di bumi, manakala 20 dicipta oleh para saintis.


Contoh-contoh unsur:
  • Zink
  • Besi
  • Oksigen
  • Karbon
  • Nitrogen.
  • Hidrogen
  • Emas
  • Aluminium.
Dalam unsur-unsur seperti oksigen dan kuprum, semua atom adalah sama.

Unsur-unsur boleh dikelaskan kepada logam (metal) dan bukan logam (non-metal).


Logam
87 jenis logam telah dikenal pasti.

Contoh-contoh logam:

  • Kalium
  • Kalsium
  • Magnesium
  • Merkuri/raksa
  • Natrium
  • Perak
  • Kuprum/tembaga
  • Platinum
  • Emas

Bukan Logam
17 jenis bukan logam telah dikenal pasti.

Contoh-contoh bukan logam:

  • Hidrogen
  • Oksigen
  • Fluorin
  • Klorin
  • Karbon
  • Fosforus
  • Bromin
  • Iodin
  • Nitrogen
  • Sulfur
Kebanyakan bukan logam wujud dalam bentuk gas pada suhu bilik. Tetapi, terdapat juga beberapa bukan logam yang wujud sebagai pepejal dan cecair.

Contoh-contoh bentuk bukan logam pada keadaan suhu bilik:


  • Pepejal
  • Cecair
  • Gas
 
 Sebatian
 
Sebatian terbentuk apabila dua atau lebih jenis unsur bergabung secara kimia.
Zarah terkecil dalam suatu sebatian adalah molekul. Contoh: Air adalah suatu sebatian. Molekul air terdiri daripada dua atom hidrogen dan satu atom oksigen yang bergabung secara kimia.

Keterangan di bawah menunjukkan beberapa jenis sebatian serta komponen-komponennya.
  • Karbon dioksida 

    Komponen: Satu atom karbon, dua atom oksigen.
  • Natrium klorida

    Komponen: Satu atom natrium, satu atom klorin.


  • Benzena

    Komponen: Enam atom karbon, enam atom hidrogen.


  • Metana

    Komponen: Satu atom karbon, empat atom hidrogen.


  • Ammonia

    Komponen: Satu atom nitrogen, tiga atom hidrogen.


  • Air

    Komponen: Satu atom oksigen, dua atom hidrogen.

Komponen-komponen sebatian tersebut tidak boleh dipisahkan secara fizikal.

Komponen-komponen dalam suatu sebatian hanya boleh dipisahkan secara kimia, sebagai contoh, dengan menggunakan haba yang tinggi (pemanasan) atau menggunakan tenaga elektrik (elektrolisis).


Memecahkan sebatian dengan pemanasan
  1. Memecahkan sebatian gula

    Satu sudu gula dimasukkan ke dalam tabung uji yang kering dan dipanaskan dengan kuat.

    Pemerhatian:
    1. Gula berwarna putih sebelum pemanasan.
    2. Semasa pemanasan pepejal hitam terbentuk.
    3. Selepas pemanasan dan dibiarkan sejuk, titisan air terpeluwap pada dinding tabung uji.

    Kesimpulan:
    Gula dipecahkan kepada karbon (unsur) dan air (sebatian) apabila dipanaskan.

  2. Memecahkan sebatian merkuri oksida

    Sedikit merkuri oksida dimasukkan ke dalam tabung uji yang kering dan dipanaskan.

    Pemerhatian:
    1. Merkuri oksida berwarna kuning sebelum pemanasan.
    2. Semasa pemanasan, gas yang dilepaskan didapati boleh menyalakan kayu uji berbara.
    2. Merkuri berwarna perak terbentuk pada dinding tabung uji.

    Kesimpulan:
    Merkuri oksida dipecahkan kepada merkuri (unsur) dan oksigen (unsur) apabila dipanaskan.

Memecahkan sebatian dengan elektrolisis
  1. Memecahkan sebatian air tulen (pure water)
    Pemerhatian:
    Gas tidak berwarna dikumpulkan ke dalam kedua-dua tabung uji, P dan Q. Gas dalam P menyalakan kayu uji berbara, manakala gas dalam Q menghasilkan bunyi 'pop' apabila diuji dengan kayu uji yang menyala.

    Kesimpulan:
    Air adalah sebatian daripada unsur oksigen dan unsur hidrogen. Pemecahan air oleh arus elektrolisis menghasilkan gas oksigen dalam P tiub dan gas hidrogen dalam tiub Q.

  2. Memecahkan sebatian kuprum (II) klorida (copper (II) chloride)
    Pemerhatian:
    Gas berwarna kuning kehijauan (greenish-yellow) dan berbau sengit (pungent smell) dikeluarkan pada elektrod positif. Mendakan kuprum berwarna perang kemerahan (reddish brown copper precipitate) didapati terhasil pada elektrod negatif.

    Kesimpulan:
    Sebatian kuprum (II) klorida dipisahkan kepada unsur-unsurnya, iaitu klorin (gas berwarna kuning kehijauan) dan kuprum (pepejal berwarna perang kemerahan) apabila arus elektrik melaluinya.
     
    Campuran
Campuran adalah terdiri daripada dua atau lebih bahan yang digabungkan secara fizikal , contohnya, dengan mengacau. 


Bahan-bahan di dalam campuran tidak bersatu oleh tindak balas kimia. Jadi, komponen-komponen di dalam campuran boleh dipisahkan dengan secara fizikal.

Campuran homogen terbentuk apabila bahan dicampur dengan sama rata dan identiti setiap bahan tidak dapat dikenal pasti dengan mudah. Contohnya, larutan garam biasa dan minuman ringan.

Campuran heterogen terbentuk apabila bahan boleh dikenal pasti dengan mudah. Contohnya, udara.

Keterangan di bawah menunjukkan beberapa jenis campuran serta komponennya.
  • Udara
    Komponen: Nitrogen, oksigen, karbon dioksida, gas lengai, habuk, mikroorganisma, wap air.
  • Tanah
    Komponen: Air, pasir, tanah liat, tanah gambut, kerikil, humus.
  • Air laut
    Komponen: Natrium klorida, air, magnesium, kalsium, oksigen.
  • Air limau
    Komponen: Garam, gula, limau.
  • Jeruk buah-buahan
    Komponen: Buah-buahan, garam, gula, cuka air.
  • Kari
    Komponen: Santan kelapa, gula, garam, rempah, serbuk cili.
  • Makanan ringan
    Komponen: Garam, gula, perisa, pewarna, pengawet.
  • Darah
    Komponen: Hormon, sel darah, nutrien, mineral, air, plasma, oksigen.

Bahan yang terdapat di dalam suatu campuran boleh dipisahkan secara fizikal dengan menggunakan proses-proses berikut:
  • Penurasan
  • Pengayakan
  • Penyejatan
  • Penyulingan
  • Kromatografi
  • Pengekstrakan
  • Menggunakan magnet
  • Pemendakan

Campuran boleh bertukar kepada suatu sebatian dengan cara pemanasan. Sebagai contoh, serbuk besi dan sulfur membentuk suatu sebatian yang dipanggil ferum (II) sulfida apabila ianya dipanaskan.

    21 comments:

    1. x nampak la bodoh!

      ReplyDelete
      Replies
      1. tak Nampak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

        Delete
      2. xpe.. nasib baik boleh highlight :)

        Delete
      3. tak baik mencarut dosa tau

        Delete
      4. sorry minta maaf

        Delete
    2. thanks. boleh lulus band1 - band 6 ni...

      ReplyDelete
    3. This comment has been removed by the author.

      ReplyDelete
    4. langsung x nmpak

      ReplyDelete
    5. Apahal ade benda blink blink kat belakang tak nampak apa apa pun

      ReplyDelete
    6. apalah kau ini bodoh ke?

      ReplyDelete
      Replies
      1. betul kamu tanya dengan cara itu.bagus!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

        Delete
    7. orang yg pndai membodohkan org itulah sebenarnya lagi byk bodohnya... klau pandai sgt, buat sndiri je la...

      ReplyDelete
    8. langsung tak boleh nampak larrr...

      ReplyDelete
      Replies
      1. kalau tak Nampak cari lain

        Delete
    9. geramnya.tak nampaklah



      ReplyDelete
    10. Camne nak asingkan emas tulen yg dah tercampur skali dgn tudung periuk aluminium? Saya laburkan emas pd tahap suhu yg tinggi di atas tudung periuk tu...tapi last2 skali emas tu bertukar jadi ketulan nugget berwarna silver skang ni.ada sapa2 boleh bantu?

      ReplyDelete
    11. SAIYA KENNOT SEE LAAAA HAHAHAHAHAHAHAHAH

      ReplyDelete