Bad 5 --> Udara Di Sekaliling Kita --> Pencemaran Udara
Semasa respirasi, kita menyedut udara untuk memperolehi oksigen. Apakah
yang terjadi jika udara yang kita sedut mengandungi bahan pencemar.
Bahan pencemar udara berasal daripada pelbagai sumber. Dua sumber utama
iaitu kenderaan bermotor dan perindustrian. pencemaran udara boleh
membawa kesan buruk kepada manusia dan alam sekitar.
Contoh Bhan Pencemar Udara --> Asap Dan Jelaga
Debu
Karbon Manoksida
Sulfur dioksida dan oksida nitrogen
Zarah-Zarah Pelumbun
Klorofluorokarbon (CEC) Karbon Dioksida
Kesan Rumah Hijau
Pemanasan global merupakan satu
fenomena pemerangkapan gas yang dikenali sebagai gas rumah hijau yang
mana kumpulan gas ini menghalang dan memerangkap haba bumi daripada
terbebas keluar ke angkasa. Sifat kumpulan gas ini ialah membenarkan
bahangan matahari menembusinya tetapi menghalang pembebasan semula
bahangan bumi ke atmosfera. Contoh gas rumah hijau ialah karbon
dioksida, karbon monoksida, kloroflorokarbon (CFC), metana, nitrogen
oksida dan lain-lain.
Kebiasaannya,
fenomena pemanasan global dapat dirasai dengan lebih jelas di kawasan
kutub utara dan selatan, kawasan pembangunan perindustrian, kawasan
perbandaran dan banyak lagi tempat dunia. Pemanasan global berkaitan
dengan peningkatan suhu dunia. Suhu bumi telah meningkat dua darjah dan
kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu. Kajian mendapati
kawasan Artik lebih pantas menjadi panas berbanding kawasan lain.
Perubahan iklim biasanya berlaku dalam tempoh 10,000 tahun tetapi kini
perubahan iklim berubah dalam tempoh 100 tahun sahaja, jarak hanya 2
generasi sahaja.
|
Lapisan ozon melindungi Bumi daripada sinar ultrungu |
|
Letusan Gunung Berapi |
|
Pembakaran Hutan |
KESAN-KESAN PEMANASAN GLOBAL
Peningkatan
suhu secara global sudah tentu akan mencairkan litupan salji dan
glasier di kawasan-kawasan pergunungan dan kedua-dua kutub. sekiranya
suhu dunia melebihi paras 5.8 drjah selsius, maka ais di kutub utara dan
selatan akan mula cair hal ini akan mendatangkan impak yang negatif
kepada kita semua. Seperti kejadian banjir besar terhadap negara-negara
kepulauan contohnya Fiji dan Maldives serta negara-negara pada
ketinggian yang rendah contohnya Belanda dan Bangladesh. Akibat
pencairan ais yang menyebabkan kejadian banjir besar ini akan
mengakibatkan kemusnahan bukan sahaja nyawa manusia dan harta benda akan
musnah tetapi bekalan makanan seperti tanah-tanah pertanian yang subur
akan turut termusnah.Hasilnya purata lautan akan mencecah sehingga 95
peratus, ini bermakna banyak kawasan daratan yang akan ditengelami oleh
air. Penduduk dunia akan ramai yang mati. Contohnya 20 buah pulau di
Indosesia di jangka akan tenggelam pada tahun 2030 akibat daripada
pemanasan global yang melampaui.
Akibat
daripada peningkatan suhu bumi yang terlampau, boleh mengakibatkan
fenomena kemarau atau kekeringan sumber air permukaan bumi.Hal ini
menyebabkan proses sejatan tidak mempunyai wap-wap air untuk membentuk
awan yang tebal bagi menurunkan hujan. Seterusnya, Kadar hujan akan
berkurangan, udara menjadi kering serta persekitaran menjadi panas.
Dalam keadaan udara yang kering,ia memudahkan terbentuknya jerebu dan
partikulat-partikulat terampai.Pemanasan global mengakibatkan
peningkatan suhu di Lautan Pasifik. Hal ini mengubah pola tiupan angin
lazim dari darat ke laut akibat perbezaan tekanan yang hebat. Kesannya
angin kencang bertiup ke barat Pasifik menyebabkan cuaca panas dan angin
lembab pula bertiup ke timur Pasifik menyebabkan kejadian ribut, banjir
dan taufan.
Antara
kesan lain pemanasan global adalah ia akan menjejaskan kesihatan
penduduk di muka bumi. Hal ini kerana, bumi terdedah kepada pelbagai
bahan-bahan tercemar seperti karbon monoksida,karbon dioksida,suflur
dioksida dan sebagainya. Contoh penyakit yang disebabkan oleh
peningkatan suhu ialah batuk kering,katarak kanser kulit,lelah dan
sebagainya. Seterusnya,boleh mengakibatkan permasalahan pernafasan
kerana pembebasan bahan-bahan tercemar mengakibatkan kekurangan oksigen
dan udara yang segar. Kebanyakannya permasalahan ini terjadi di kawasan
kota-kota besar dan di kawasan pembangunan seperti Kota New York, Kuala
Lumpur, Beijing dan lain-lain kota-kota besar di dunia.